Sunday, September 5, 2010

SELAMAT DATANG || WELCOME || BIENVENUE

Assalamualaikum kepada teman2,rakan2 seperjuangan, saudara dan saudari sekalian...


"Kalau tidak kerana bulan, masakan bintang tebit tinggi, kalau tidak kerana impian dan harapan, tidak saya blogging hari ini"
-petikan pantun Dato' Dr Syed Ahmad yg diubahsuai sedikit-



Blog adalah satu cara kita menyampaikan atau berkongsi IDEA atau ILMU kepada org lain.
Info dari blog adalah melalui PEMERHATIAN/PERBINCANGAN/PERSOALAN/BAHAN BACAAN kita bersama org2 di sekeliling kita...



Blog adalah cara kita berkomunikasi di alam maya tanpa perlu mengambil masa yg lama utk mendapatkan respon kerana ia adalah internet..PANTAS dan INTERAKTIF!! Satu bentuk KEPERLUAN di zaman ICT ini..

Salam perkenalan rakan2 cyber sekalian..atau lebih Macho dgn name baru kita;
"GENERASI SCREENAGERS"
. Ia adalah 1 perkataan yg menggantikan perkataan TEENAGERS atau REMAJA masa kini. Kenapa? Kerana kita, Generasi Screeneagers.....sudah didedahkan dgn pelbagai skrin dan monitor di sekeliling kita..cuba lihat di sekeliling kita...h/p,laptop,jam digital,ps2,ps3,psp,wii,xbox,ipod,iphone dan lain-lain..penuh dgn skrin di sekeliling kita.


Kerana inilah kita di panggil GENERASI SCREENAGERS. Menurut statistik dan ramalan dari pakar2 di Amerika, Generasi baru ini akan membawa kelainan yang boleh mengubah dunia kepada 1 bentuk yg lebih INTERAKTIF dan lebih SERONOK! Inilah kehebatan generasi muda..jadi,gunakan tenaga muda ini utk terus beramal dan utk terus berusaha kearah jalan kebajikan yg selaras dgn hukum Tuhan pencipta alam semesta ini berlandaskan konsep 165.

Sebelum berakhir..hayatilah teknologi2 terkini 'gadget2 2010' ini:-




Pesan Saidina Ali bin Abi Talib r.a: "Didiklah anak kamu,mengikut zaman mereka"

Akhir kata, angkat lah tangan memohon doa dari Ilahi:-

"Ya Allah, kami memohon keberkatan dari-MU Ya Allah, serta semangat perpaduan antara kami akan dapat diteruskan ya Allah.. Ya Allah ya tuhan kami gerakkanlah hati, amalan dan fikiran kami kearah amal makruf nahi mungkar supaya kami sentiasa berada di jalan yang benar yang diredhai-Mu ya Allah.

Supaya kami dapat berhijrah daripada sikap kami yang buruk kepada yang baik dan bersyukur. Atas segala nikmat yang telah engkau berikan kepada kami ya Allah. SERTA mengikut petunjuk kepimpinan rasulullah s.a.w. Semoga dapat menempuh hidup baru dan maju ke hadapan sesuai tujuan manusia dijadikan sebagai khalifah di muka bumi-MU YA ALLAH...amin.."

Sekian terima kasih,
Dzulfarqeish Zainuddin

No comments:

Post a Comment